fbpx
Tangkap layar video kereta Toyota Vios didakwa memotong di garisan berkembar sehingga menyusahkan pemandu kereta di laluan bertentangan, dalam kejadian di Lebuh Raya SDE, Johor.

[VIDEO] ‘Amenda yang nak dikejarkan pun’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tindakan pemandu Toyota Vios yang didakwa memotong di garisan berkembar sehingga menyusahkan pemandu kereta di laluan bertentangan mengundang kecaman orang ramai berhubung aspek keselamatan.

Menerusi video yang dikongsikan pengguna Threads @Cikmiaa_mhmd memaparkan kejadian itu berlaku di Lebuh Raya Senai-Desaru (SDE), Johor dengan hanya satu lorong di kedua-dua arah.

Kelihatan kereta Toyota Vios ke arah kanan cuba memotong di garisan putus-putus yang kemudian bersambung dengan garisan berkembar.

Bagaimanapun, kereta tersebut didakwa hampir berlanggar dengan kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Vellfire dari arah bertentangan. Pemandu MPV itu dilihat menyalakan lampu sebagai amaran kepada pemandu Toyota Vios.

“Ini salah satu manusia menyusahkan orang kalau kemalagan. Kalau kecemasan sekali pun, tengoklah keadaan. Sikit lagi ada lorong memotong, tak sabar,” kata @Cikmiaa_mhmd pada kapsyen.

Video berkenaan mengundang kecaman orang ramai terhadap tindakan pemandu Toyota Vios yang didakwa tidak berhati-hati sewaktu memotong.

“Saya hari-hari lalu SDE. Kalaulah saya rajin download (muat turun) video dashcam (kamera papan pemuka), dah buat kompilasi pemandu begini,” komen @N.amyraa7.

“Amenda yang nak dikejarkan pun tak tahulah. Lepas tu sibuk salahkan lebuh raya,” komen @Ismaamuhaimin.

“Mungkin dia nak masuk berita kemalangan maut kot,” komen @Izh_mr. – KOSMO! ONLINE

 

View on Threads

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN