fbpx
Seramai 12 pemandu dan kelindan dikesan positit dadah dalam Operasi Bersepadu Dadah yang dilaksanakan JPJ dan AADK Melaka sejak awal bulan ini. IHSAN JPJ

12 pemandu, kelindan ‘kantoi’ positif dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MELAKA – Seramai lapan pemandu dan empat kelindan dikesan positif dadah dalam Operasi Bersepadu Dadah yang dilaksanakan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bersama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) negeri ini, sejak 1 Julai lalu.

Pengarah JPJ Melaka, Siti Zarina Mohd. Yusop berkata, kesemua mereka dikesan selepas 164 kenderaan diperiksa membabitkan 152 kenderaan barangan, sembilan kenderaan pelancongan dan tiga kenderaan perkhidmatan awam.

Menurutnya, daripada jumlah itu, lima pemandu didapati positif methamphetamine, manakala selebihnya dikesan mengambil ganja, methamphetamine kristal (ice), gabungan ganja dan ice serta methamphetamine bersama morfin.

“Bagi empat kelindan pula, seorang didapati positif methamphetamine, dua positif tetrahydrocannabinol (THC) dan seorang lagi positif opiat.

“Kesemua individu yang gagal ujian saringan air kencing akan diambil tindakan oleh AADK mengikut peruntukan undang-undang di bawah bidang kuasanya,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Beliau berkata, JPJ turut akan mengambil tindakan tanpa kompromi termasuk menahan Lesen Vokasional (PSV/GDL) bagi tujuan siasatan serta menggantung lesen memandu mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.

Katanya, operasi yang bermula pada 1 Julai itu dilaksanakan secara bersepadu bersama AADK, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Plus Malaysia Berhad (Plus) mengikut keperluan operasi.

“Dalam operasi ini, antara kenderaan yang dipandu individu positif dadah ialah lima lori rigid kargo, empat prime mover dan tiga lori rigid luton.

“Pemeriksaan turut mengesan 10 kesalahan lain membabitkan pemandu yang positif dadah iaitu dua kes tiada lesen memandu, lesen memandu tamat tempoh (satu), kes tiada Lesen Vokasional (GDL) (empat), GDL tamat tempoh (satu) dan dua kes melibatkan aspek teknikal kenderaan seperti tayar serta aksesori,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN