fbpx

Agong ucap tahniah penganjuran Piala Dunia Qatar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar yang dikongsi Istana Negara menyaksikan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bersama Sheikh Tamim semalam

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat melakukan kunjungan hormat dan pertemuan dengan Emir Qatar, Yang Mulia Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani di Doha, Qatar semalam.

Pada pertemuan tersebut, Baginda menzahirkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Sheikh Tamim dan kerajaan Qatar sebagai tuan rumah atas kejayaan menganjur dan mengendalikan temasya Piala Dunia Persekutuan Antarabangsa Persatuan Bola Sepak (FIFA) Qatar 2022.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Istana Negara hari ini, kedua-dua pemimpin itu turut menyentuh berkenaan hubungan dua hala yang baik antara Malaysia dan Qatar dan usaha-usaha untuk mempertingkatkan lagi hubungan serta beberapa isu membabitkan kepentingan bersama.

Terdahulu, Seri Paduka Baginda kini berada di Doha atas persilaaan peribadi Yang Mulia Sheikh Tamim sempena temasya Piala Dunia FIFA Qatar 2022.

Dalam rangka lawatan khas selama enam hari bermula semalam itu, Seri Paduka Baginda turut dijadualkan menerima menghadap beberapa pemimpin kerajaan Qatar dan berangkat menghadiri majlis santapan bersama rakyat Malaysia di Qatar.

Seri Paduka Baginda dijadualkan berangkat tiba di tanah air pada 19 Disember nanti. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI