fbpx
Agong, Raja Permaisuri bersama keluarga di Istana Bukit Serene hari ini. Foto OFFICIALSULTANIBRAHIM.

Agong, Permaisuri santap Aidiladha bersama keluarga di Istana Bukit Serene

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah santap bersama keluarga dan cucunda bersempena Hari Raya Aidiladha di Istana Bukit Serene, Johor Bahru hari ini.

Menerusi hantaran di Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, berangkat sama, Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail, dan Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor serta paduka anakanda.

Turut berangkat, Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim dan Tunku Putera Johor, Tunku Abu Bakar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim.

Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim dan suami, Datuk Dennis Muhammad Abdullah serta paduka anakanda berangkat sama pada majlis ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN