fbpx
Sultan Ibrahim ketika terima mengadap Onn Hafiz di Istana Pelangi hari ini.

Agong terima menghadap Onn Hafiz, teliti pencapaian ekonomi negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi di Istana Pasir Pelangi, Johor hari ini.

Menerusi sesi menghadap itu, Seri Paduka Baginda berkenan menerima sembah taklimat mengenai laporan pencapaian ekonomi, pembangunan dan kemajuan negeri Johor.

Turut dibentangkan ialah pelbagai usaha yang telah dilaksanakan Kerajaan Negeri Johor dalam meningkatkan kesejahteraan rakyat.

Menurut kenyataan yang dimuat naik menerusi laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, sesi menghadap tersebut merupakan sebahagian daripada pertemuan berkala antara Seri Paduka Baginda dan kepimpinan negeri.

“Pertemuan ini bertujuan mendapatkan maklumat terkini mengenai hal ehwal pentadbiran serta laporan pembangunan negeri,” menurut kenyataan itu.

Dalam pada itu, kesejahteraan rakyat terus menjadi keutamaan Yang di-Pertuan Agong selaras dengan hasrat Baginda untuk memastikan kebajikan rakyat sentiasa terpelihara.

Sehubungan itu, pelbagai inisiatif kebajikan akan terus digerakkan menerusi Yayasan Sultan Ibrahim Johor, Yayasan Sultanah Fatimah dan Yayasan Sultanah Rogayah yang memainkan peranan penting dalam membantu golongan memerlukan serta meringankan beban rakyat di seluruh negeri.

Sesi menghadap tersebut berlangsung di Istana Pasir Pelangi di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN