fbpx
KEPULAN asap tebal naik ke udara berhampiran Lapangan Terbang Bordeaux-Mérignac di barat raya Perancis kelmarin. - AFP

2 anggota bomba terkorban ketika padam kebakaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PARIS – Dua anggota bomba terbunuh ketika memadamkan kebakaran besar berhampiran Lapangan Terbang Bordeaux-Mérignac di barat daya Perancis, lapor Perbadanan Penyiaran Britain (BBC). 

Media tempatan melaporkan kebakaran itu dipercayai bermula daripada kebakaran belukar sebelum merebak ke sebuah bangunan berhampiran tempat letak kereta di lapangan terbang. 

Imej dikongsi di media sosial menunjukkan penumpang turun daripada pesawat ketika kepulan asap tebal naik ke udara berhampiran lokasi kejadian. 

Beberapa penerbangan yang dijadualkan tiba di Lapangan Terbang Bordeaux-Mérignac dilaporkan mengalami kelewatan. 

Kira-kira 100 anggota bomba dengan bantuan pesawat khas pemadam kebakaran, dikerahkan bagi mengawal dan memadamkan kebakaran tersebut. 

Menteri Dalam Negeri Perancis, Laurent Nunez berkata, beliau telah dimaklumkan mengenai kematian dua anggota bomba berkenaan oleh pihak berkuasa di jabatan Gironde.

Ketika sesi soal jawab di Parlimen Perancis kelmarin, Nuñez menyatakan beliau akan berkunjung ke Gironde ‘secepat mungkin’ untuk memantau operasi pemadam kebakaran. 

Gironde merupakan antara beberapa wilayah di Perancis yang terjejas teruk akibat kebakaran hutan sejak beberapa hari lalu susulan gelombang haba luar biasa dan berpanjangan yang melanda negara itu.

Persatuan Sukarelawan Pemantau Kebakaran (PSFDF) memaklumkan bahawa kebakaran di komun Pontevès ‘masih tidak terkawal dan merebak dengan pantas’. 

Seramai 600 anggota bomba dan penyelamat dikerahkan untuk membendung kebakaran berkenaan, manakala sekurang-kurangnya 150 penduduk dipindahkan sebagai langkah keselamatan, demikian menurut PSFDF. 

Data satelit Sistem Maklumat Kebakaran Hutan Eropah (EFFIS) menunjukkan lebih 42,000 hektar kawasan terbakar di Perancis antara Januari hingga pertengahan Julai, melepasi rekod sebelumnya yang dicatatkan pada 2022. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN