fbpx
ONN HAFIZ bergambar bersama barusan Timbalan Exco yang baharu dilantik pada sidang akhbar di Kota Iskandar, Iskandar Puteri hari ini.-Foto RAJA JAAFAR ALI

Onn Hafiz umum 10 timbalan exco, bantu kukuh pentadbiran kerajaan negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ISKANDAR PUTERI – Kerajaan negeri membuat keputusan mewujudkan jawatan timbalan ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco) buat pertama kali dalam sejarah pentadbiran negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, jawatan berkenaan diwujudkan bertujuan untuk memastikan pembangunan seimbang dan inklusif di setiap daerah negeri dan, seiring agenda pembangunan pesat dan mencabar.

Katanya, inisiatif itu telah mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail.

“Pelan Transformasi Ekonomi Johor (JETP) akan menjadi antara fokus utama pentadbiran kerajaan negeri. Sehubungan itu kerajaan negeri melihat terdapat keperluan memperkukuh kapasiti pentadbiran bagi memastikan setiap dasar, projek dan program dilaksanakan berkesan dan mencapai golongan sasar.

“Saya ucapkan tahniah kepada semua yang dilantik, ini merupakan tanggungjawab dan amanah besar untuk bantu perkukuh penyampaian perkhidmatan kerajaan, mempercepatkan penyelesaian isu rakyat dan memastikan setiap inisiatif kerajaan dilaksana secara berkesan,” katanya dalam sidang akhbar di Kota Iskandar, di sini hari ini.

Tambah Onn Hafiz, timbalan pengerusi jawatankuasa yang dilantik perlu bekerjasama rapat untuk memantau program dan projek yang dilaksana, selain menyelaras kerja di lapangan.

“Saya yakin dengan komitmen kita untuk mempercepat agenda Maju Johor 2030 dan juga kejayaan JETP. Kita akan akan pastikan segala janji manifesto yang dibentang diterjemah kepada tindakan dan hasil yang akan dirasai seluruh rakyat,” katanya.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 baru-baru ini, Onn Hafiz yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) memimpin gabungan tersebut dengan memenangi 48 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor.

Berikut merupakan senarai timbalan exco dan portfolio mereka:

1. Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zaidi Japar

2. Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Nadhirah Afiqah Abdull Rahim

3. Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Anuar Abd. Manap

4. Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar, Mohd. Youzaimi Yusof

5. Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan, Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia, Syed Hussein Syed Abdullah

6. Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi, Datuk Mohamad Najib Samuri

7. Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Chan San San

8. Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar, Sahrihan Jani

9. Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan, Chua Jian Boon

10. Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Warisan dan Budaya, V. Rugendran

Habis

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN