fbpx
Gambar hiasan.

Gempa sederhana gegar Sumatera Utara, turut dirasa di Lembah Klang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Satu gempa bumi sederhana bermagnitud 5.7 dikesan berlaku di Sumatera Utara, Indonesia pada pukul 12.18 tengah hari tadi.

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) dalam satu kenyataan memaklumkan, pusat gempa bumi berkenaan terletak pada koordinat 4.2 darjah Utara dan 97.6 darjah Timur, kira-kira 55 kilometer (km) barat daya dari Langsa, Indonesia pada kedalaman 10 km.

Menurut MetMalaysia, gegaran akibat gempa bumi berkenaan turut dirasai di beberapa kawasan di Pantai Barat Semenanjung Malaysia.

Orang ramai yang merasai gegaran diseru untuk mengisi borang soal selidik yang disediakan di laman web rasmi MetMalaysia bagi membantu proses pemantauan serta pengumpulan maklumat lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN