fbpx
Tangkap layar video rakaman dashcam memaparkan kemalangan berkenaan yang berlaku di persimpangan empat Jalan Persiaran Mokhtar Dahari, Puncak Alam di sini, semalam.

‘Allahuakbar… ini adik saya, lelaki tunggal dalam keluarga kami’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – “Ini adik saya, satu-satunya lelaki dalam keluarga kami. Allahuakbar…”

Itu luahan seorang kakak selepas kehilangan adik lelakinya dalam satu kemalangan maut di persimpangan empat Jalan Persiaran Mokhtar Dahari, Puncak Alam di sini, semalam.

Mangsa yang menunggang motosikal maut selepas dirempuh sebuah kereta ketika sedang berhenti di lampu isyarat merah di persimpangan empat berkenaan.

Kakak mangsa yang menggunakan profil @Miss.nhb menerusi media sosial, terlebih dahulu meminta bantuan orang ramai untuk mengesan pemilik rakaman kamera papan pemuka (dashcam) kejadian tersebut.

Hantaran berkenaan meraih perhatian orang ramai termasuk beberapa orang rakan arwah yang memuji keperibadian adiknya itu ketika hayatnya.

Salah seorang daripadanya adalah @Haziq_kzn, yang menyifatkan mangsa sebagai ‘ringan tulang’ dan prihatin terhadap keluarga.

“Saya kawan dia kak. Dia orang pertama bawa saya pusing tapak waktu dekat Batu Pahat (naik) motosikal yang sama. Dia tak putus-putus cakap nak tolong keluarga. 

“Dia ringan tulang, kalau ada masalah sedaya upaya dia cuba selesaikan. Saya terkedu kak, dia yang terakhir ‘like’ (tanda suka) Instagram Story saya pukul 6 petang. Takziah akak dan keluarga,” ujarnya.

Seorang lagi rakan mangsa, @Ainnur.fathh turut bersetuju bahawa mangsa sememangnya seorang yang sangat baik.

“Betul bang dia orang baik, kawan mendaki saya. Genap setahun kita orang kenal dari trip pertama naik Berdebu tahun lepas. Dia yang bawa, tunggu walaupun saya paling lambat, padahal masa tu baru kenal.

“Dia sanggup datang dari Shah Alam turun Bangi semata-mata tengokkan kereta rosak. Dia baru je kongsi minggu lepas dah habis belajar sambilan sebab dia kata nak tambah baik kemahiran.

“Ya, memang dia betul-betul kerja untuk keluarga dan selalu cerita pasal anak-anak buah dia. Semoga dipermudahkan urusan keluarga,” tambahnya. 

Terdahulu Kosmo! melaporkan, seorang penunggang motosikal maut selepas dirempuh sebuah kereta ketika sedang berhenti di lampu isyarat merah di persimpangan empat Jalan Persiaran Mokhtar Dahari, Puncak Alam semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.23 malam itu, mangsa yang menunggang motosikal Yamaha Y15ZR dipercayai dalam perjalanan pulang dari tempat kerja menuju ke rumahnya.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, sebaik tiba di persimpangan berkenaan, sebuah kereta Nissan Almera yang dipandu seorang lelaki warga asing dari arah belakang melanggar bahagian belakang motosikal mangsa yang sedang berhenti di lampu isyarat. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN