fbpx

PRU15: Harta Syed Saddiq RM1.9 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Syed Saddiq menunjukkan lampiran kertas menyatakan keseluruhan aset beliau miliki sehingga 30 September lalu.

MUAR – Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengisytiharkan aset bersih miliknya bernilai RM1.9 juta setakat 30 September lalu.

Penyandang kerusi Parlimen Muar itu berkata, pengisytiharan itu dibuat bagi membuktikan ketelusan harta dimilikinya yang mana tiada nilai tersembunyi atau diragui.

“Bagi saya tindakan mengisytihar harta ini perlu khususnya kepada mereka yang menyertai politik dan menjadi wakil rakyat. Ini bagi mengelakkan terdapatnya tindakan yang melangkaui sumber haram.

“Kita perlukan sebuah ketetapan sebegini sebagai membuktikan keikhlasan ahli politik itu berjuang. Pengisytiharan harta saya ini juga sekaligus membuktikan tiada sumber haram yang terpalit mahupun memberikan keutamaan kepada kroni, saya tidak pernah melakukan hal itu,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar di Pejabat Muda Parlimen Muar di sini, hari ini.

Dalam pada itu, ditanya mengenai pengiytiharan harta membabitkan lima lagi calon Muda yang bertanding sempena Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) ini, bekas Menteri Belia dan Sukan itu berkata, tindakan sama akan menyusul oleh mereka.

“Kesemua calon Muda yang akan bertanding akan mengisytiharkan harta mereka dalam tempoh terdekat.

“Justeru saya mohon, kesemua calon daripada mana-mana parti juga melakukan hal sama,” katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI