fbpx
Ahmad Badli Shah Raja Hussin (tujuh dari kiri) bersama-pengurusan kanan Agrobank pada majlis pelancaran Asiprasi 30 di Kuala Lumpur hari ini.

Agrobank sasar aset terkumpul RM30 bilion menjelang 2030

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Agrobank telah mencatatkan prestasi kukuh pada tahun 2025 dengan penyaluran pembiayaan sebanyak RM17.186 bilion, meningkat 30.67 peratus dan melepasi pertumbuhan tahun sebelumnya.

Jumlah portfolio pembiayaan turut meningkat ke paras tertinggi dalam sejarah iaitu sebanyak RM1.828 bilion atau 11.42 peratus, dipacu
oleh prestasi cemerlang segmen PKS, Ar-Rahnu dan mikro yang masing-masing melebihi sasaran.

Presiden/ Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Agrobank, Datuk Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin berkata, ini mencerminkan keyakinan yang semakin meningkat terhadap Agrobank sebagai institusi kewangan pembangunan pilihan orang ramai.

Menurut beliau baki deposit mencatatkan paras tertinggi dalam tempoh lima tahun sebanyak RM13.25 bilion, disokong oleh nisbah CASA yang mengatasi purata industri. Jumlah pendapatan juga berada pada trajektori positif, mencapai RM1.43 bilion dengan pertumbuhan 13.29 peratus

Selain pertumbuhan kewangan, Agrobank terus memperkukuh peranannya dalam memperkasa komuniti tani, usahawan bumiputera dan golongan berpendapatan rendah melalui kewangan inklusif, latihan, pembiayaan dan inovasi digital.

Inisiatif seperti STTP, kerjasama strategik bersama TERAJU, Pusat Pembangunan Komuniti, Program Pembangunan Usahawan Tani (PROBEST), Agropreneur Muda, Hijrah Asnaf dan Kediaman Mampu Milik-i telah memberi manfaat kepada petani, usahawan dan keluarga B40.

“Agrobank juga mempercepat transformasi dan penggunaan digital
melalui AgroTouch,  perkhidmatan berdaya digital ini bertujuan menyokong pelanggan melalui inisiatif seperti kempen penerimagunaan transaksi QR di seluruh negara, serta kempen literasi kewangan dan digital secara meluas dengan kerjasama BNM.

“Selain itu, inisiatif pembangunan usahawan yang telah dilaksanakan oleh ACE turut memberi impak positif terhadap peningkatan pendapatan, formalisasi perniagaan, akses pembiayaan dan penciptaan pekerjaan,” katanya dalam kenyataan.

Selain itu, Agrobank juga telah melancarkan Aspirasi30 iaitu pelan
pembangunan Agrobank Tahun 2026-2030 dipacu oleh tujuh tunjang strategik iaitu pengukuhan mandat, inovasi industri, kelestarian yang mana bank komited terhadap  RM1 bilion pembiayaan kumulatif menjelang 2030
bagi menyokong amalan pertanian berdaya tahan iklim.

Faktor lain adalah kecemerlangan operasi dan perkhidmatan,  transformasi digital, pembangunan bakat dan juga ketahanan organisasi.

Ahmad Badli Shah menerangkan, Aspirasi30 bukan sekadar angka tetapi sebaliknya ia mencerminkan komitmen bank untuk menjadi sebuah institusi yang lebih kukuh, berdaya tahan dan sentiasa dekat dengan komuniti tani di seluruh negara.

“Melalui Aspirasi30, Agrobank secara proaktif meningkatkan keupayaan teras demimemperkukuh daya saing di tengah-tengah ketidaktentuan geopolitik, risiko perubahan iklim, perubahan teknologi digital dan jangkaan pelanggan yang semakin tinggi.

“Pada masa yang sama, Agrobank akan terus menyokong sektor pertanian merentasi keseluruhan rantaian nilai, memperkukuh kepimpinan dalam sektor agromakanan, tanaman, ternakan dan perikanan, serta menyantuni pelanggan daripada golongan mikro dan pekebun kecil sehingga syarikat pertanian yang lebih matang.

“Menjelang 2030, Agrobank mensasarkan aset terkumpul sebanyak RM30 bilion, disokong oleh pertumbuhan aset pembiayaan yang mampan serta penyaluran pembiayaan yang lebih bersasar bagi memastikan manfaat Aspirasi30 terus sampai kepada golongan sasar yang dimandatkan kepada Agrobank,” tambahnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN