fbpx
Golongan selebriti diingatkan agar bijak mengawal kewangan bagi mengelak kesukaran di hari tua.

Artis perlu jaga kewangan, ingat hari tua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KEBELAKANGAN ini, ramai golongan artis veteran kembali memunculkan diri di pelbagai platform media sosial.

Kehadiran semula wajah-wajah yang pernah mewarnai zaman kegemilangan industri hiburan tanah air sememangnya suatu perkara menggembirakan.

Bagi peminat setia, ini adalah peluang untuk kembali menggamit nostalgia silam, mengenang semula lakonan mantap mereka di televisyen mahu pun kelantangan vokal serta aksi bertenaga mereka di atas pentas suatu ketika dulu.

Di sebalik senyuman terukir, kedatangan semula sebahagian besar daripada mereka ke dalam radar industri bukanlah membawa khabar gembira yang diraikan dengan sorak-sorai.

Sebaliknya, kemunculan mereka hadir bersama coretan kisah hidup cukup menyayat hati dan mengundang simpati yang mendalam.

Barisan selebriti yang dulunya tampil penuh bersemangat, bertenaga dan sentiasa dipuja, kini seolah-olah hilang segala-galanya apabila diuji dengan masalah kewangan meruncing pada fasa akhir usia.

Lebih memilukan, kemelut ekonomi peribadi tersebut sering kali datang serentak dengan ujian kesihatan.

Faktor usia dan serangan pelbagai penyakit kronik menyebabkan ada dalam kalangan mereka terlantar sakit, hilang keupayaan fizikal, sekali gus menjejaskan fungsi mereka untuk keluar bekerja bagi mencari sesuap nasi demi kelangsungan hidup.

Perkara itu wajib dijadikan pengajaran cukup besar, bukan sahaja buat orang ramai, tetapi terutamanya buat penggiat seni generasi baharu yang kini sedang mendongak langit menikmati puncak populariti.

Ketika nama sedang berada di puncak, tawaran datang mencurah-curah dan wang ringgit bukan lagi satu masalah.

Perangkap terbesar bagi seorang artis adalah kegagalan untuk mengawal aliran kewangan diri dan sikap boros yang sering dikaitkan dengan status sosial yang mewah.

Atas paksaan bagi menjaga imej luaran sebagai selebriti, ada sanggup berbelanja besar demi memiliki kenderaan mewah, pakaian berjenama, dan mengamalkan tabiat berbelanja tanpa memikirkan hari esok.

Menurut penyanyi Iskandar Ismail, kerjaya sebagai anak seni menjadi ‘lubuk’ untuk menjana pendapatan lumayan, namun beliau mengingatkan golongan selebriti agar bijak mengawal aliran kewangan.

“Boleh buat duit tetapi kita kena pandai menjaga kewangan kita. Untuk apa nak habiskan dengan zaman sekarang semua benda harga dah baik.

“Kadang-kadang kita dah lupa kita dapat rezeki lebih daripada amaun dijanjikan, tapi kita tak pandai menggunakannya.

“Kalau kita boros pun habis juga, dapatlah banyak mana pun,” katanya kepada Kosmo!.

Tambah Iskandar, cabaran utama golongan selebriti adalah apabila pendapatan mereka meningkat, kecenderungan untuk berbelanja secara besar-besaran turut bertambah.

Oleh itu, mereka perlu mempunyai pelan sandaran seperti menceburi bidang perniagaan demi kelangsungan hidup pada masa depan.

“Sebenarnya bila kita dapat duit lagi banyak, perbelanjaan kita lagi besar. Jadi kena pandai jaga kewangan.

“Kena pandai buat perniagaan sendiri sebab sekarang tengok beberapa kes macam mana orang lama dulu mungkin akibat ketika muda tak pandai berbelanja sangat akhirnya artis tiada duit. Bila muda nampak mewah, bila tua orang pelik betul ke tiada duit. Orang tak percaya,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN