fbpx
Tangkap layar video yang dimuat naik di Threads oleh _fadp.

[VIDEO] ‘Bangga jadi rakyat Malaysia, murah rezeki selalu’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Perbuatan murni seorang pemandu e-hailing yang sanggup bersusah payah keluar dari kenderaan untuk membantu seorang ibu dan bayinya ketika hujan lebat meraih pujian daripada pengguna media sosial.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di Threads oleh _fadp, wanita itu berkongsi detik cemas untuk menuju ke kenderaan e-hailing ekoran cuaca buruk.

Katanya, bagaimanapun pemandu e-hailing itu memintanya supaya menunggu di lokasi tersebut sementara dia mengambil payung bagi mengelak bayi yang didukung basah.

“Masa tunggu Grab sambil dukung baby (bayi), terfikir macam mana nak ke kereta sebab hujan lebat. Sekali abang Grab (pemandu) nampak, dia suruh tunggu untuk payungkan.

“Terima kasih uncle (pak cik). Murah rezeki selalu,” katanya menerusi hantaran tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna memuji tindakan pemandu e-hailing tersebut yang dikatakan prihatin terhadap keselamatan dan keselesaan pelanggannya.

“Dia (pemandu) sangat memahami kita tengah dukung bayi, dia basah pun tak apa asalkan ibu dan bayi selamat,” kata Boongalalang.

“Saya memang sayang sangat dekat pak cik dan abang (e-hailing) yang jenis tunggu kita masuk rumah dan kunci pintu baru dia gerak. Korang (kamu) semua memang terbaik,” kata Inailsins23.

Menurut seorang pemandu e-hailing, tindakan sedemikian sudah menjadi tanggungjawab bagi mereka demi memastikan keselamatan penumpang sentiasa terjaga.

“Saya pun tolong payungkan pelajar sampai masuk hostel dan angkatkan bagasi berat sekali masa hujan lebat,” jelas Wongck9998. – KOSMO! ONLINE

 

View on Threads

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN