fbpx
GAMBAR dari udara kelmarin menunjukkan keadaan bandar Caraballeda di negeri La Guaira seminggu selepas gempa bumi berlaku. – AFP

Korban gempa bumi meningkat 2,595 orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

CARACAS – Angka korban akibat gempa bumi kuat yang menggegarkan utara Venezuela seminggu lalu  meningkat kepada 2,595 orang, manakala 12,400  yang lain  cedera, kata Presiden Interim Delcy Rodriguez semalam.

“Angka yang kami berikan adalah angka yang teliti,” kata Rodriguez dalam satu  sidang akhbar.

Menurutnya, angka terkini itu berdasarkan  proses pengesahan terperinci sambil menambah,  pihak berkuasa menyemak silang data mangsa sebelum mengeluarkan jumlah korban terkini.

Beliau berkata,  lima orang yang pada mulanya didaftarkan sebagai mati kemudian didapati masih hidup selepas pihak berkuasa mengesahkan identiti mereka melalui sistem bahan api bersubsidi berasaskan cap jari.

Gempa bumi itu juga mengakibatkan sekurang-kurangnya 855 bangunan rosak.

Kerajaan memperuntukkan dana awal AS$200 juta (RM813.5 juta) untuk membina semula kediaman penduduk dan membuka akaun bagi menerima sumbangan antarabangsa.

Anggaran kerajaan menunjukkan kira-kira 12,800 orang hilang kediaman, manakala Agensi Pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu(UNHCR) merekodkan kira-kira 16,000 orang hilang tempat tinggal dalam bencana itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN