fbpx
TANGKAP layar tular di akaun rasmi Mr Wan Chai.

‘Kata percuma, kenapa minta bayaran?’ dakwaan NGO tular

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MELAKA – Sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menyediakan perkhidmatan pengurusan jenazah di negeri ini menjadi perhatian selepas tular dakwaan kononnya meminta bayaran daripada waris seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun walaupun perkhidmatan itu pada awalnya dimaklumkan sebagai percuma.

Dakwaan tersebut dikongsikan aktivis sosial dan pengasas Unit Khas Van Jenazah (UKVJ), Mr Wan Chai menerusi satu hantaran di akaun Facebook miliknya yang mengundang pelbagai reaksi netizen.

Menurut beliau, wakil NGO berkenaan dikatakan memaklumkan kepada waris di hospital bahawa segala urusan pengurusan jenazah dilakukan secara percuma tanpa sebarang bayaran.

Bagaimanapun, beliau mendakwa kira-kira seminggu selepas pengebumian, bapa kepada kanak-kanak itu menerima mesej yang meminta bayaran.

Menurutnya, apabila perkara tersebut dipersoalkan, bayaran berkenaan dijelaskan sebagai sumbangan atau infak, namun jumlah yang diminta didakwa telah ditetapkan.

Beliau turut meluahkan rasa kecewa dan menyifatkan tindakan berkenaan sebagai tidak wajar kerana didakwa dilakukan ketika keluarga masih dalam keadaan bersedih akibat kehilangan anak.

Dalam hantaran sama, beliau turut mendakwa akan membuat pendedahan lanjut berhubung NGO terbabit menerusi media sosial.

Sementara itu, wakil NGO terbabit ketika dihubungi berkata, pihaknya sedang mengumpulkan bukti dan akan membuat laporan polis berhubung dakwaan itu.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN