fbpx
MUHYIDDIN ketika hadir pada Program Rapat Orang Sedili di Kampung Mawai Baru, Kota Tinggi malam tadi.

PRN Johor: Muhyiddin janji transformasi besar Felda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA TINGGI – Perikatan Nasional (PN) memberi bayangan komitmen lebih besar terhadap pembangunan kawasan Felda dengan menawarkan pendekatan lebih agresif dan menyeluruh bagi meningkatkan taraf hidup warga peneroka serta generasi masa depan.

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pembangunan kawasan Felda tidak lagi boleh bergantung kepada sektor perladangan semata-mata, sebaliknya perlu diperkasakan melalui peluang ekonomi baharu yang lebih mampan.

Menurut beliau, usaha tersebut merupakan kesinambungan kepada agenda yang pernah dimulakan ketika pentadbiran beliau sebelum ini dalam menjaga kebajikan dan masa depan komuniti peneroka.

“Perjuangan kita tidak boleh terhenti setakat menyelesaikan isu pengurusan ladang sahaja.

“Isu kebajikan seperti penyediaan perumahan generasi kedua Felda serta pembangunan infrastruktur yang lebih mampan perlu terus diperjuangkan bersama,” katanya ketika berucap pada program Rapat Orang Sedili di Kampung Mawai Baru, dekat sini malam tadi. Turut hadir calon PN Dewan Undangan Negeri (DUN) Sedili, Rasman Ithnain dan calon DUN Johor Lama, Aisah Esa.

Muhyiddin berkata, pendapatan peneroka pada masa depan juga tidak seharusnya terus bergantung kepada hasil tuaian ladang semata-mata.

Sebaliknya katanya, peluang pekerjaan baharu berasaskan teknologi serta industri hiliran perlu diwujudkan di kawasan rancangan tanah bagi membuka lebih banyak peluang kepada generasi muda. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN