fbpx
Tangkap layar perbualan antara rider dan pelanggan mencurigakan.

‘Rider’ terkesima dapat ‘order’ bukan-bukan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang penghantar barangan atau rider berkongsi pengalaman mengejutkan apabila menerima tempahan luar biasa pada hari pertama bekerja.

Menerusi sebuah hantaran di Threads oleh pengguna @nddsaa, dia berkongsi pengalaman pertamanya sebagai rider terus diwarnai dengan tempahan yang tidak dijangka.

“Kali pertama saya jadi rider, sudah jumpa yang bukan-bukan. Ada sesiapa yang mengalami perkara sama ?,” tulisnya.

Berdasarkan tangkap layar perbualan yang dikongsikan, pelanggan berkenaan bukan mahu menghantar barang, sebaliknya meminta rider datang ke rumah untuk memasakkan mi segera (Maggi) dengan menawarkan bayaran tunai sebanyak RM100.

Bagaimanapun, pemilik akaun terbabit mengambil keputusan membatalkan tempahan tersebut kerana berasa tidak selesa dengan permintaan berkenaan.

Tinjauan di ruangan komen mendapat pelbagai reaksi dalam kalangan netizen yang menyifatkan permintaan pelanggan berkenaan sebagai mencurigakan.

“Baru hantar makanan di lokasi ini, tak sangka ada tempahan sepelik ini,” komen Irfan Danial.

“Risau, takut rider yang jadi Maggi dia. Semoga kakak dilindungi sentiasa,” tulis Huszkra.

“Tempahan sebegitu jangan layan, membazir masa sahaja. Fokus kerja yang halal,” komen Razakesa. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN