fbpx
MOHAMAD Kamal (tengah) mengupas durian bersama komuniti pekebun durian di Kuala Kangsar, Perak hari ini. Foto oleh FADZIL ZAINOL / KOSMO!

Bukan semua jenis durian susut harga – Pekebun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA KANGSAR – Harga durian kayangan popular seperti musang king, IOI dan duri hitam disifatkan masih stabil di pasaran.

Menurut komuniti pekebun durian di daerah ini, kejatuhan harga ‘raja buah’ tersebut dikatakan melibatkan varieti seperti durian Kampung.

Ketua kumpulan itu, Mohamad Kamal Noh Safiee berkata, kejatuhan harga buah itu perlu diperincikan mengikut jenis, bukannya merangkumi semua varian dan gred buah.

“Tiada lagi berlaku lambakan bagi musang king, sebaliknya situasi itu lebih kepada durian kampung. Fakta kejatuhan harga ini perlu diperincikan mengikut jenis dan gred buah,” katanya kepada pemberita hari ini.

Terdahulu, media melaporkan mengenai lambakan bekalan durian sehingga menyebabkan harga raka buah popular di Malaysia itu dijual serendah RM1 sekilogram.

Mengenai dakwaan kemerosotan harga musang king, katanya, keadaan itu mungkin berlaku ke atas musang king bukan kategori premium atau yang tidak menepati piawaian ditetapkan.

Beliau yakin harga durian akan kembali stabil menerusi pengurusan semula kaedah pertanian untuk musim akan datang.

Komuniti pekebun itu juga mahu kerajaan menjadikan durian sebagai ‘buah kebangsaan’ kerana raja buah tersebut sering dihidangkan kepada tetamu dan orang kenamaan asing dalam hubungan diplomasi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN