fbpx
Mohd. Mufsi (kiri) menyita sebahagian aset syarikat perkapalan yang disyaki menggunakan perisian tanpa lesen di Bukit Kuang, Kemaman hari ini.

Aset hampir RM500,000 syarikat guna perisian haram disita KPDN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KEMAMAN – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) berjaya menyita aset bernilai keseluruhan hampir setengah juta dalam serbuan di dua syarikat yang disyaki menggunakan perisian komputer tanpa lesen untuk tujuan komersial di daerah ini hari ini.

Pengarah KPDN Terengganu, Mohd. Mufsi Lat berkata, serbuan dengan kerjasama wakil hak cipta itu berjaya merampas beberapa peralatan komputer termasuk perisian dianggarkan RM456,750.

“Serbuan pertama berjaya merampas perisian dan peralatan komputer bernilai RM71,050 di sebuah syarikat kejuruteraan di bandar Chukai di sini.

“Sebanyak RM385,700 rampasan pula berjaya dilakukan dalam serbuan kedua di sebuah syarikat perkapalan di Bukit Kuang di sini,” katanya pada sidang akhbar di sini sebentar tadi.

Mohd. Mufsi berkata, antara perisian yang disyaki dipercayai digunakan tanpa lesen sah ialah STAAD.Pro dan STAAD Foundation dan Maxsurf.

Beliau berkata, penggunaan perisian tidak sah dalam sektor kejuruteraan dan pembinaan boleh menimbulkan risiko terhadap integriti reka bentuk, keselamatan sistem serta ketepatan data teknikal digunakan dalam industri.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1)(d) Akta Hak Cipta 1987,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN