JAKARTA – Penduduk sebuah perkampungan di Wonogiri, wilayah Jawa Barat menerima kecaman orang ramai apabila mengambil sejumlah ikan yang baru dilepaskan ke dalam sungai demi memelihara ekosistem, lapor portal berita Lambe Turah.
Ikan-ikan tersebut dilepaskan oleh sebuah syarikat demi memelihara ekosistem bagi menghasilkan air bersih buat manusia serta hidupan lain.
Rakaman video kejadian dikongsi di platform TikTok oleh akaun @officiallambeturah menunjukkan orang ramai berdiri di dalam sungai sambil membawa pelbagai peralatan yang dibawa dari rumah.
Ada antara mereka yang menangkap ikan menggunakan tangan dan jaring.
Rakaman itu mencatatkan lebih 335,000 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi.
“Musuh hebat kita adalah rakyat sendiri,” kata seorang netizen.
“Kenapa tiada yang menegur mereka?” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI














