fbpx
Mohd. Zool Asmani (kanan) dan Zamri menunjukkan lokasi kemalangan maut di Chengkau, Rembau semalam.

Jangan sekadar datang lihat – Penduduk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

REMBAU – Penduduk di sekitar Pekan Chengkau, di sini meluahkan rasa bimbang berhubung kekerapan kes kemala­ngan maut di laluan utama Seremban-Tampin.

Pengerusi Kawasan Ru­kun Tetangga (KRT) Pe­kan Chengkau, Mohd. Zo­ol Asmani Mahmood ber­kata, kemalangan di ka­wasan itu dilaporkan se­makin meningkat se­hingga mengorbankan tiga nya­wa kurang tiga bulan.

Katanya, keadaan jalan me­nuruni bukit menjadi antara faktor kenderaan dipandu laju, selain pemandu membuat pusingan U secara tidak selamat.

“Saya harap pihak polis dapat meningkatkan pemantauan dan operasi, manakala Jabatan Kerja Raya mengkaji semula keadaan jalan tersebut,” kata­nya ketika ditemui semalam.

Katanya, penduduk Rumah Rakyat Chengkau kerap menggunakan laluan itu untuk ke Pekan Chengkau menyebabkan mereka terdedah kepada risiko kemalangan.

Penduduk mencadangkan su­paya diletakkan penghadang, lampu isyarat atau atau papan tanda amaran lokasi kemalangan.

Seorang penduduk, Zamri Mokhtar, 45, berkata, tindakan segera perlu diambil kerana ia merupakan laluan utama dari Seremban menghala ke Kota, Tampin dan Melaka.

“Jangan sekadar datang dan lihat, tetapi ambil tindakan segera kerana sudah ada (mang­sa) yang maut dan parah. Sa­ya sendiri nyaris terlibat da­lam kemalangan,” katanya.

Zamri berharap pihak ber­kuasa tidak menunggu lama se­hingga berlaku lebih banyak ke­malangan maut sebelum me­ngambil tindakan.

Kosmo! semalam melaporkan seorang pelajar kolej vokasional maut selepas motosikal ditunggang merempuh kereta yang ma­suk simpang secara cuai.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN