fbpx
Kakitangan Perhilitan memasang perangkap susulan aduan penduduk kemunculan harimau kumbang di kawasan kebun Ulu Rokan, Tampin. -IHSAN PENDUDUK

Harimau kumbang ‘hantui’ penduduk Ulu Rokan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TAMPIN – Penduduk di Ulu Rokan di sini digemparkan dengan kemunculan harimau kumbang yang didakwa dilihat berkeliaran berhampiran kawasan kebun sehingga mencetuskan kebimbangan sejak pertengahan bulan lalu.

Effa Norsam Mohd. Fadzil, 45, berkata, kejadian itu disaksikan sendiri oleh ayahnya, Mohd. Fadzil Arshad, 75, yang terserempak dengan haiwan liar tersebut sekitar pukul 6 petang semalam.

Katanya, harimau itu dilihat seperti sedang mengejar seekor binatang menyebabkan ayah panik kerana hanya dipisahkan jarak kira-kira satu meter.

“Mujur haiwan itu terus beredar masuk ke kawasan hutan dan ini bukanlah kejadian pertama yang menimpa ayah,” katanya di sini hari ini

Menurut Effa lagi, lebih membimbangkan apabila ada empat penduduk mendakwa mereka dikejar harimau berkenaan minggu lalu.

Sementara itu, Pengarah Perhilitan Negeri Sembilan, Faizal Izham Pikri berkata, pihaknya akan memasang kamera perangkap bagi mengesan pergerakan haiwan itu serta mendapatkan pengesahan spesies.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN