fbpx
BEREGU negara, Sze Fei (kiri) dan Nur Izzuddin mengesahkan tempat ke separuh akhir dengan menyingkirkan pasangan Jepun. - MUHAMAD IQBAL ROSLI

Sze Fei -Nur Izzuddin sahkan slot separuh akhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

 

KUALA LUMPUR – Beregu lelaki negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani berjaya memperbaiki pencapaian tahun lalu selepas layak ke separuh akhir Kejohanan Badminton Malaysia Masters 2026 selepas menewaskan pasangan Jepun, Kakeru Kumagai-Hiroki Nishi di Axiata Arena, Bukit Jalil, hari ini.

Turun selaku pilihan ketiga kejohanan, Sze Fei-Nur Izzudin mengharungi aksi tiga set selama hampir satu jam sebelum mengesahkan kemenangan 21-17, 16-21 dan 21-16.

“Kami bermain seperti biasa tetapi penyokong berjaya memberikan tekanan lepada pemain lawan,” kata Sze Fei.

Walaupun diberi cabaran hebat, pasangan negara dilihat cukup selesa apabila berjaya mendahului lawan hampir keseluruhan permainan di set pertama.

Selepas kedua-dua terikat 14-14, Sze Fei-Nur Izzudin langsung tidak menunggu lama untuk menamatkan set pertama 21-17.

Di set kedua, pasangan Jepun tampil lebih garang, menyaksikan mereka berjaya memperoleh lima mata secara berturut-turut di awal permainan.

Kebangkitan yang cuba dijelmakan pasangan negara tidak kesampaian untuk mengesahkan kemenangan buat Kumagai-Nishi 21-16 sekali gus mengheret permainan ke set penentuan.

Pertarungan terus berlangsung sengit di set ketiga namun pasangan negara berjaya mengetepikan tekanan untuk mengesahkan kemenangan 21-16.

Kemenangan ini menghidupkan harapan untuk menyaksikan pertembungan dengan Aaron Chia-Soh Wooi Yik di separuh akhir dimana beregu nombor satu negara itu turun menentang pasangan China, Hu Ke Yuan-Lin Xiang Yi dalam satu lagi aksi suku akhir. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN