fbpx
Antos Pinnacles membuka pusat operasinya di Labuan bertujuan untuk meluaskan rangkaian pasarannya dalam industri kewangan.

Antos Pinnacles pilih Labuan sebagai pusat operasi perkhidmatan kewangan di rantau ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Antos Pinnacles telah membangunkan pusat operasinya di beberapa pusat kewangan termasuk di Labuan selain di St Vincent and the Grenadines, Seychelles serta Hong Kong, sebagai sebahagian daripada strategi jangka panjang untuk menawarkan perkhidmatan kewangan berasaskan kecerdasan buatan (AI) serta perancangan aset berstruktur kepada pelabur di seluruh dunia.

Di Labuan, syarikat memegang lesen Labuan Money Broking bernombor MB/20/0053, yang dikawal selia oleh Labuan Financial Services Authority (Labuan FSA) di bawah kategori Straight Through Processing (STP).

Seorang jurucakap Antos Pinnacles berkata, Labuan menyediakan asas operasi yang dikawal selia, sekali gus menyumbang kepada aspek pematuhan dan tadbir urus dalam rangka kerja kumpulan yang lebih luas.

“Kami menggunakan pendekatan bersepadu yang dibina berasaskan AI , analitik data dan infrastruktur perdagangan moden.

“Kami melihat AI bukan sekadar alat sokongan, tetapi sebagai komponen penting dalam membantu pelanggan memahami maklumat pasaran, menilai risiko dan membuat keputusan kewangan dengan lebih berdisiplin,” katanya dalam kenyataan.

Selain itu, Antos Pinnacles turut menyediakan akses kepada pelanggan terhadap rangkaian sumber berteraskan teknologi yang komprehensif, termasuk Trade Ideas, laporan Economic Insight, AI Technical Screener, analitik Smart Score, Research Desk khusus, Newsletter berkala serta sesi Live Broadcast.

Infrastruktur perdagangan kumpulan disokong oleh MetaTrader 5, sebuah platform yang diiktiraf di peringkat global dan menyediakan persekitaran perdagangan yang stabil, lengkap dengan ciri-ciri profesional serta dipercayai oleh pedagang berpengalaman di seluruh dunia.

Pelanggan kumpulan mendapat akses kepada pelbagai instrumen kewangan global termasuk tukaran asing, logam berharga, indeks dan CFD.

Dalam pada itu,  Antos Pinnacles turut memberi penekanan khusus terhadap konsep peruntukan aset strategik, iaitu pengagihan modal secara terancang merentasi instrumen, geografi dan jangka masa berbeza.

“Masa depan kewangan bukan hanya bergantung kepada kepantasan membuat keputusan, tetapi kepada keupayaan memahami data, mengurus risiko dan membina strategi aset yang seimbang.

“Falsafah ini konsisten di setiap pasaran tempat kami beroperasi,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN