fbpx

Aleix Espargaro yakin perebutan gelaran juara MotoGP sengit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ESPARGARO pula berada di kedudukan ketiga dengan perbezaan 20 mata dengan Quartararo.

LONDON – Pelumba Sepanyol, Aleix Espargaro menganggap pelumba pasukan Yamaha, Fabio Quartararo masih calon pilihan dalam perebutan gelaran MotoGP musim ini.

Perlumbaan MotoGP 2022 yang berbaki tiga pusingan sebelum menutup tirai pada November depan di Valencia menyajikan saingan sengit apabila perebutan gelaran terus terbuka.

Ketika ini, Quartararo yang mendahului carta kedudukan pelumba dengan 219 dan hanya dipisahkan dua mata dengan Francesco Bagnaia (Ducati), manakala Espargaro pula berada di kedudukan ketiga dengan perbezaan 20 mata dengan Quartararo.

“Ketika ini, Ducati mempunyai peluang untuk mengejar gelaran dunia. Ini kerana, dua pelumba Ducati, Enea Bastia­nini berada di tangga keempat dan Jack Miller tempat kelima.

“Apa pun, saya pasti Ducati juga tidak berdepan laluan mudah kerana Quartararo akan berjuang habis-habisan, tetapi peluang kami juga tampak cerah kerana hanya dipisahkan 20 mata.

“Saya berada di posisi yang baik dan saya tenang menghadapi baki perlumbaan ini. Saya yakin saingan akan sengit,” katanya.

Perlumbaan seterusnya akan berlangsung pada Grand Prix Australia hujung minggu ini dan Malaysia sebelum me­nuju perlumbaan penutup tirai di Valencia. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI