fbpx

Gadis Orang Asli ditemui mati, tiga individu ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUANTAN – Penemuan mayat gadis Orang Asli berdekatan jalan masuk kawasan simpang perkuburan lama Bukit Ibam, Rompin yang dipercayai dibunuh membawa kepada penahanan tiga lelaki Orang Asli dipercayai terlibat kejadian itu.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, penahanan ketiga-tiga lelaki tersebut dibuat dalam tempoh 24 jam selepas penemuan mayat kira-kira pukul 2.45 petang Sabtu lalu.

“Pihak polis telah merekod kenyataan ketiga-tiga suspek yang juga merupakan kenalan mangsa yang berusia 22, 29 dan 38 tahun yang mana difahamkan ada antara mereka yang telah membuat pengakuan.

“Terima kasih diucapkan kepada pasukan dari Cawangan D9 Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat polis Kontinjen (IPK) Pahang dibantu Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat polis Daerah (IPD) Rompin kerana telah berjaya membuat tangkapan dalam masa hanya 24 jam,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Menurutnya, ketiga-tiga suspek kini ditahan reman dan akan dibawa untuk dituduh di mahkamah dalam masa terdekat.

Dalam pada itu, Ramli berkata, pada Sabtu lalu pihaknya telah menerima aduan dari seorang lelaki dipercayai sepupu mangsa tentang penemuan mayat mangsa di kawasan lereng bukit yang bersemak berdekatan dengan laluan masuk rumah mangsa.

Katanya, mangsa dikatakan telah ditemukan dalam keadaan berdarah di tangan dan kepala dan pihak polis mengklasifikasikan kes tersebut sebagai kes bunuh dan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Pihak polis sebelum itu menerima aduan dari ayah mangsa memaklumkan mangsa tidak pulang selepas keluar dari rumah pada malam sebelum kejadian mangsa ditemui mati dibunuh.

“Motif pembunuhan masih lagi dalam siasatan dan ketiga-tiga suspek tidak berada di bawah pengaruh dadah atau alkohol serta tidak mempunyai rekod jenayah lampau,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI