fbpx
Saifuddin pada Program Citra Negara Menteri Dalam Negeri di Kolej Tingkatan Enam Tuanku Muhriz, Seremban, hari ini. Foto oleh MOHD SHAHJEHAN MAAMIN/ KOSMO!

Sindiket sasar pelajar, siswa jadi ‘keldai akaun’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Kes penipuan atas talian kini semakin berleluasa apabila sindiket dikesan menjadikan pelajar sekolah dan mahasiswa universiti sebagai ‘keldai akaun’ dengan bayaran upah tertentu.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, modus operandi sindiket adalah dengan menawarkan kepada pelajar untuk menggunakan akaun bank mereka dengan kadar upah mencecah RM1,000 hingga RM2,000.

“Sekolah mesti menjadi tempat yang selamat daripada unsur ancaman digital, kita lihat trend penggunaan ‘keldai akaun’ melibatkan pelajar terutama di universiti semakin ketara.

“Sindiket penipuan dalam talian memerlukan keupayaan untuk mewujudkan lebih banyak ‘keldai akaun’ supaya mangsa yang diperdaya menyalurkan wang ke dalam akaun tersebut sebelum wang itu dikeluarkan,” katanya kepada pemberita pada Program Citra Negara MDN, Sekolah Selamat Daerah Seremban di Kolej Tingkatan Enam Tuanku Muhriz di sini hari ini.

Jelas Saifuddin, pihak sindiket biasanya akan pergi ke mesin pengeluaran wang automatik (ATM) dan memegang beberapa kad ATM untuk mengeluarkan wang secara berterusan.

Beliau berkata, pada tahun lalu kerajaan telah meminda Kanun Keseksaan (Akta 574) melalui Akta Pindaan 2024 bagi membanteras sindiket penipuan dan ‘keldai akaun’ yang mana perbuatan itu satu kesalahan yang boleh diambil tindakan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN