fbpx
Gambar hiasan.

Hujan lebat landa Pantai Timur petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di beberapa kawasan di Semenanjung, Sarawak, Sabah dan Labuan hingga pukul 6 petang ini.

MetMalaysia dalam kenyataannya berkata, di Semenanjung, kawasan yang dijangka terlibat adalah seluruh Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak dan Batang Padang) dan Kelantan (Jeli).

“Hujan lebat turut diramal berlaku di Terengganu (Setiu, Hulu Terengganu dan Dungun), Pahang (Tanah Tinggi Cameron dan Lipis), Negeri Sembilan (Tampin), Melaka Jasin) dan Johor (Tangkak, Muar dan Mersing),” katanya.

Di Sarawak, cuaca buruk dijangka turut melanda Miri (Telang Usan, Miri dan Marudi) dan Limbang.

Di Sabah, amaran hujan lebat melibatkan kawasan Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat, Tawau (Tawau dan Lahad Datu) dan Kudat.

Cuaca buruk itu dijangka berlaku di seluruh Labuan.

MetMalaysia memaklumkan, amaran hujan lebat dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Jelasnya, amaran tersebut adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN