fbpx
Gambar Hiasan

Bimbang keluarga marah, wanita lahir bayi dalam tandas TBS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Polis menahan sepasang kekasih warga tempatan berusia 21 tahun di Sepang, dekat sini bagi membantu siasatan kes penemuan mayat seorang bayi lelaki di Terminal Bersepadu Selatan (TBS), di sini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras Superintendan Lim Chun How berkata, pihaknha menerima maklumat daripada pengurusan TBS mengenai penemuan seorang bayi baru lahir yang tidak sedarkan diri di dalam sebuah beg plastik biru di tandas wanita di Aras 3 terminal berkenaan.

Beliau berkata hasil siasatan awal mendapati kedua-dua suspek yang tidak bekerja mengaku terlibat dalam kejadian itu.

“Siasatan mendapati suspek wanita dipercayai melahirkan bayi berkenaan di dalam tandas sebelum membuangnya ke dalam tong sampah kerana takut dimarahi keluarga.

Pasangan terbabit kini direman selama empat hari bermula Sabtu lepas hingga esok bagi membantu siasatan lanjut,” katanya.

Menurut beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan membuang mayat secara sulit. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN