fbpx

Pihak negeri harus bertanggungjawab ‘putih’ institusi tahfiz

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Marzuk (tengah) menyantuni bakal jemaah haji di KLIA, Sepang hari ini.

SEPANG – Pihak Berkuasa Agama Negeri (PBAN) perlu lebih bertanggungjawab dalam isu institusi tahfiz yang belum lagi berdaftar demi menjaga imej baik pusat pengajian berkenaan.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata, kerajaan pusat sebenarnya tiada kuasa pun dalam hal ehwal institusi tersebut.

“Segala urusan berkaitan institusi tahfiz adalah di bawah bidang PBAN dan pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyerahkan kepada mereka,” katanya kepada pemberita.

Terdahulu beliau meninjau operasi pelaksanaan Makkah Route atau program praperlepasan bakal jemaah haji di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini hari ini.

Malaysia merupakan negara perintis inisiatif itu yang diperkenalkan oleh kerajaan Arab Saudi pada 2017 sebelum diperluaskan kepada Indonesia, Bangladesh, Maghribi dan Pakistan. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI