fbpx

Sektor peladangan rugi RM20 bilion impak Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Sektor perladangan negara mengalami kerugian sebanyak RM20 bilion tahun lalu susulan masalah kekurangan tenaga kerja akibat impak pandemik Covid-19.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan berkata, antara sektor yang paling terkesan ialah perladangan kelapa sawit yang bergantung kepada tenaga buruh asing.

“Bagi mengatasi masalah ini, kementerian sedang membuka pendaftaran dan menentukan kuota bagi membawa masuk pekerja asing hujung bulan ini bagi memenuhi keperluan sektor itu.

“Warga tempatan tidak tunjuk minat walaupun hampir setahun kita cari dan peluang diberikan, (sehingga kini) masih belum menunjukkan minat dalam sektor ini,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Seri Mohd. Salim Sharif (BN-Jempol) pada Waktu Pertanyaan Menteri. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI