fbpx
Tangkap layar video CCTV memaparkan suspek memecah masuk sebuah rumah di taman perumahan S2 Heights, Seremban.

[VIDEO] 6 beg tangan LV dilarikan, wanita rugi RM140,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Seorang wanita mengalami kerugian dianggarkan bernilai RM140,000 apabila enam buah beg tangan jenama mewah Louis Vuitton miliknya dilarikan penjenayah dalam kejadian pecah rumah di taman perumahan S2 Heights di sini.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Azahar Abdul Rahim berkata, pihak polis telah menerima laporan berkaitan kes ceroboh dan pecah rumah melibatkan tiga buah banglo tiga tingkat di perumahan berkenaan pada awal pagi semalam dan kelmarin.

Azahar berkata, suuslan daripada laporan polis tersebut, pihak polis kini sedang giat memburu suspek yang memakai baju berhud (berpenutup kepala) dan dikatakan berani memecah masuk rumah mangsa ketika penghuninya sedang tidur.

“Berdasarkan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV), suspek merupakan seorang lelaki tidak dikenalpasti berpakaian hoodie gelap lengan panjang, bertopi dan memakai pelitup muka serta bersarung tangan telah masuk ke dalam rumah mangsa antara pukul 1.20 hingga 3.37 pagi.

“Buat masa ini, belum ada sebarang tangkapan dilakukan dan pihak polis masih menjalankan siasatan. Kes disiasat di bawah Seksyen 448 Kanun Keseksaan dan Seksyen 457 akta yang sama,” katanya.

Sehubungan itu, orang awam yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu boleh salurkan terus ke Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban di talian 06-6033222.

Terdahulu tular di media sosial, rakaman CCTV memaparkan suspek seorang diri berhud dan bertopi memecah masuk rumah mangsa dengan melalui ruang tamu sebelum masuk ke bilik tidur.- KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN