fbpx

Misteri air longkang bertukar hijau terjawab

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEGAWAI JAS memeriksa kualiti air longkang di Jalan Syed Osman Idid, Sungai Petani, Kedah yang dilaporkan bertukar menjadi warna hijau semalam. – Foto ihsan JAS

PUTRAJAYA – Misteri sebatang longkang di bandar Sungai Petani, Kedah yang airnya bertukar hijau akhirnya terjawab apabila ia didapati berpunca daripada sejumlah 22 buah tong dram yang ditemui di sekitar kawasan kejadian.

Menurut kenyataan Jabatan Alam Sekitar (JAS), pegawainya telah bergegas menjalankan penyiasatan ke lokasi ekoran aduan orang awam berhubung warna aneh air longkang tersebut semalam

“Siasatan selanjutnya mendapati memang terdapat kesan berwarna hijau di longkang awam di Jalan Syed Osman Idid berpunca daripada sebuah rumah di situ,” katanya di sini hari ini.

Pihak JAS kemudian menemui puluhan buah tong dram yang mempunyai baki cecair kesan yang dipercayai cat selain terdapat juga sisa kosmetik dijumpai di sekitar tapak berkenaan.

Agensi berkenaan telah bertindak pantas menyita kesemua tong dram tersebut dan turut melakukan pensampelan terhadap cecair berkenaan untuk dianalisis Jabatan Kimia Malaysia.

Kes itu kini disiasat di bawah Seksyen 34B, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 yang jika sabit kesalahan, boleh dihukum denda maksimum RM500,000 atau penjara sehingga lima tahun.

“Langkah tegas akan diambil sekiranya ada pihak yang tidak bertanggungjawab melakukan jenayah alam sekitar dan peraturan-peraturan di bawah akta tersebut,” jelas kenyataan JAS. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI