JAKARTA – Seorang lelaki berdepan detik cemas apabila diperhatikan seekor harimau Sumatera ketika memancing bersama rakan-rakannya di sebatang sungai di Indonesia.
Rakaman video dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @radarkediri menunjukkan harimau itu sedang memerhati mereka dari jauh sebelum beredar.
Kehadiran spesies terancam itu menyebabkan mereka bergegas bangun dan melemparkan joran.
Masih belum jelas lokasi sebenar dan bila video itu dirakam.
Sebilangan pengguna media sosial berharap agar populasi harimau Sumatera dapat dilindungi dari pelbagai ancaman. – AGENSI















