JAKARTA – Satu klip video tular memaparkan sebuah bas penumpang terjatuh dan terbalik ke dalam sungai selepas gagal memotong sebuah lori dalam kemalangan di Nganjuk, wilayah Jawa Timur, lapor portal berita Lambe Turah.
Nahas melibatkan bas Sugeng Rahayu di Desa Paron sekitar pukul 12.30 tengah hari (waktu tempatan), baru-baru ini.
Pemandu bas dilaporkan hilang kawalan selepas gagal memotong sebuah lori di hadapannya, menyebabkan kenderaan itu terbabas ke dalam sungai.
Penduduk tempatan dikenali sebagai Dito berkata, bas tersebut membawa lebih 10 penumpang semasa kejadian.
“Meskipun kenderaan itu rosak teruk, tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Semua penumpang berjaya dibawa keluar dan dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut,” kata Dito.
Pihak berkuasa sedang menjalankan siasatan untuk mengenal pasti punca kejadian. – AGENSI















