Tangkap layar yang memaparkan kelibat seekor buaya berjaya dirakam di Taman Pangkalan Batu, Jambatan Kota.

[VIDEO] ‘Laki siapa ni, kutip bawak balik!’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kelibat seekor buaya berjaya dirakam di Taman Pengkalan Batu, Jambatan Kota, Klang sebelum ia tular di media sosial hari ini.

Menerusi perkongsian di aplikasi Threads, seorang pengguna dikenali sebagai Epilogkehidupan94, kelihatan reptilia itu sedang ‘bersantai’ di sekitar kawasan tersebut.

“Gorgon sungai Klang. Laki siapa ni oi, kutip bawak balik,”seloroh individu itu.

Berdasarkan klip video tersebut saiz reptilia itu lebih dari dua meter dan difahamkan kelibat buaya sering berkeliaran di kawasan sekitar Jambatan Kota sebelum ini.

Menjengah ke ruangan komen rata-rata pengguna telah meninggalkan pelbagai komen dengan penemuan reptilia di kawasan berkenaan.

“Ini kat jambatan kat pasar jawa tu ke bang, jambatan ape lupa da nama die,jambatan kecik tu,”soal Iam_didiekamal23.

Turut meninggalkan komen adalah seorang pengguna dikenali sebagai Kay_adiana..

“Mak datok, ini lagi besar dari kat Zoo Negara punya, Zoo Negara kurus kecik,”ujarnya.-KOSMO! ONLINE

 

View on Threads

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN