fbpx
MAYAT mangsa berjaya ditemukan kira-kira 2.5 kilometer dari lokasi dipercayai terjatuh di Sungai Melaka. Foto JBPM

Mayat lelaki terjatuh di Sungai Melaka ditemukan pagi tadi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MELAKA – Seorang lelaki yang dilaporkan terjatuh ke dalam Sungai Melaka berhampiran Yayasan Toh Puan Zurina di sini tengah malam Sabtu lalu, ditemukan meninggal dunia pada pukul 9.01 pagi tadi.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka, Timbalan Penguasa Bomba II Mohd. Hafidzatullah Rashid berkata, mayat mangsa ditemukan kira-kira 2.5 kilometer dari lokasi dia dipercayai terjatuh.

Menurutnya, mayat mangsa berusia 45 tahun itu ditemukan oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhampiran Jambatan Taman Rumpun Bahagia sebelum Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) JBPM menjalankan operasi membawa naik mayat ke daratan.

“Sebaik mayat berjaya dibawa naik ke daratan, pasukan bomba menunggu petugas Kementerian Kesihatan (KKM) untuk mengesahkan kematian mangsa sebelum mayat diserahkan kepada pihak polis bagi tindakan lanjut.

“Seramai 15 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Melaka Tengah dan Masjid Tanah bersama Unit PPDA digerakkan ke lokasi untuk menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) menggunakan kaedah pencarian di permukaan air dan penyelaman,” katanya kepada pemberita hari ini.

Menurut beliau, JBPM Melaka menerima panggilan kecemasan pada pukul 12.03 tengah malam Sabtu lalu memaklumkan seorang lelaki dipercayai terjatuh ke dalam Sungai Melaka berhampiran Yayasan Toh Puan Zurina.

“Operasi SAR diteruskan sehingga petang semalam dengan kawasan pencarian dikecilkan berdasarkan penilaian di lokasi, namun terpaksa ditangguhkan pada waktu malam atas faktor keselamatan serta keadaan persekitaran yang tidak mengizinkan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN