fbpx
Tangkap layar video dimuat naik di Threads Oklatuuu700 berhubung pasangan suami isteri membiarkan anak lelaki mereka membuang air besar di dalam sebuah tong sampah di KLIA.

[VIDEO] Selamba biar anak ‘melepas’ dalam tong sampah KLIA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tindakan pengotor seorang pelancong asing yang membiarkan anaknya membuang air kecil di dalam tong sampah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur mengundang kecaman daripada pengguna media sosial.

Menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Threads oleh Oklatuu700, pasangan suami isteri dilihat membiarkan anak lelaki mereka mencangkung dan membuang air besar di dalam sebuah tong sampah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

“Ke manakah adab manusia ini? Padahal tandas dekat je untuk bawa anak membuang air besar. Boleh suka-suka biarkan anak buang najis yang busuk di tong sampah ni.

“Kasihan pekerja pembersihan nak kena bersihkan tong sampah dan kasihan penumpang kena hadap bau busuk?,” katanya pada hantaran tersebut.

Menurutnya, wanita tersebut dipercayai terus melangkah ke tandas untuk mencuci tangan selepas selesai urusan anaknya di tong sampah itu.

“Patut kena tindakan khidmat masyarakat ke kalau macam ini? Tolong lah beradab sikit di tempat awam. Jangan jadi pengotor,” ujarnya lagi.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna turut meluahkan rasa kecewa dengan tindakan pelancong tersebut yang dianggap tidak menghormati budaya di negara ini dan mengabaikan kebersihan di tempat awam.

“Geramnya aku tengok dengan sikap pengotor diorang ni. Sudah-sudah lah, jangan bawa perangai pengotor ni kat tempat orang. Hormat lah sikit,” kata Ashuha_ily24.

“Memang diorang ni tak tahu langsung ke pasal adab? Pengotor sangat weh kasihn kat staf pembersihan nak kena kutip sampah bau najis,” tambah Leyahhhhhh_1. – KOSMO! ONLINE

 

View on Threads

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN