fbpx
Gambar hiasan - JANAAN AI

Berpuluh tahun berkhidmat, lesap RM250,000 ditipu scammer

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Hasrat seorang pesara wanita untuk menikmati wang persaraan bertukar duka apabila mengalami kerugian sebanyak RM250,000 akibat terperdaya dengan sindiket penipuan atau scam.

Menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Threads oleh Yoursecretmeme_, ibunya yang baru sahaja bersara melakukan pemindahan wang secara berperingkat sebanyak puluhan kali kepada pihak terbabit tanpa menyedari dirinya menjadi mangsa penipuan.

“Mak aku kena scam RM250,000. Duit selama berpuluh tahun dia berkhidmat, dia transfer (pindah) kat orang tu secara berperingkat puluhan kali.

“Kes ni dah lebih dua bulan, haritu dia bagitau duit habis sebab melabur, bila kami semak rupanya kena scam,” katanya pada hantaran tersebut.

Tambahnya lagi, kejadian itu menyebabkan kesihatan ibunya terjejas dan bimbang memikirkan baki hutang yang masih belum dijelaskan.

“Darah tinggi mak aku naik mencanak, risau sangat dengan kesihatan dia. Masalahnya mak saya dah tak ada duit dah, hutang pun banyak belum habis bayar. Laporan polis dah dibuat, tengah cari cara lain,” luahnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna bersimpati dengan kejadian malang yang menimpa mereka dan turut menasihati agar sentiasa memantau ibu bapa masing-masing.

“Sebab itu saya selalu pesan dekat arwah ayah dulu jangan mudah percaya dengan orang. Kalau kurang faham sentiasa tanya dulu dengan anak-anak, jangan buat keputusan sendiri,” kata Zalailalala.

“RM250,000 tu jumlah yang sangat banyak. Kalau awak buat laporan polis pun mesti mereka tak dapat buat apa-apa sebab kecuaian. Kasihan kat mak awak,” ujar Minahlife. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN