fbpx
Tangkap layar video keadaan seorang individu menabur makanan kepada burung merpati liar di bahagian belebas satu unit kondominium di Cyberjaya.

[VIDEO] ‘Jiran atas, bawah tak bising ke rumah penuh najis burung?’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tindakan penyewa didakwa warga asing menabur makanan di belebas unit kondominium didiaminya bagi memberi makan kepada burung merpati, mengundang kecaman orang ramai.

Menerusi hantaran pengguna Threads Keymeqhal, dia memuat naik video kehadiran burung-burung liar di bahagian belebas berdekatan balkoni dan tingkap di satu unit kondominium di Cyberjaya.

Pada video berkenaan, kelihatan seorang individu sedang menabur makanan dari tingkap kepada burung-burung liar tersebut.

“Aduhhh foreigner (warga asing) ni apa masalah dia gi tabur makanan untuk burung merpati makan kat balkoni rumah. Jiran atas dan bawah tak bising ke rumah penuh najis burung?,” katanya pada hantaran itu hari ini.

Video tersebut mendapat pelbagai maklum balas orang ramai yang mengecam perbuatan itu, selain ada juga berkongsi maklumat bahaya najis burung merpati kepada manusia.

“Bahaya ni. Najis bersepah boleh menyebabkan penyakit. Jiran saya pun sama, tapi selepas ditegur dia dah tak beri makan burung lagi. Mencegah awal sebelum kronik,” komen seorang pengguna Threads Radzuanridzuan.

“Dia dan keluarga tak kena penyakit bawaan burung tu lagi. Dah kena, baru dia tahu,” kata Azlan0714.

“Najis (burung merpati) bahaya tau, boleh kena radang paru-paru,” kata Mfshah Uto.

Terdahulu, Public Health Malaysia menerusi hantaran Facebook pernah mengingatkan orang ramai supaya mengelakkan diri daripada terdedah kepada najis burung merpati kerana boleh menyebabkan jangkitan paru-paru merpati atau ‘pigeon lung’.

Penyakit tersebut boleh berlaku apabila spora kulat atau bakteria daripada najis burung disedut dan masuk ke dalam paru-paru.

Memetik hantaran tersebut, kuman kulat histoplasma capsulatum yang terdapat dalam najis burung menyebabkan gejala demam, batuk, letih dan dalam kes yang teruk, jangkitan paru-paru kronik, jangkitan cryptococcus neoformans dan psittacosis (Ornithosis). – KOSMO! ONLINE

 

View on Threads

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN