fbpx
Gambar hiasan - JANAAN AI

‘Takkan sebab view dan like, mandi jenazah nak buat live’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pendakwah bebas, PU Syed menegur orang awam untuk tidak sesekali melakukan siaran langsung atau ‘live’ proses memandikan jenazah di media sosial bagi mengelakkan daripada fitnah.

Menerusi hantaran pada TikTok, beliau berkata, tindakan itu juga berpotensi mendedahkan aib sekali gus ia perlu dihentikan.

“Mandi jenazah dibuat live? Perbuatan ini perlu ditegah kerana ia mengundang fitnah kepada jenazah yang sedang dimandikan. Takkan disebabkan view (tontonan) dan like (tanda suka), kita melakukan perbuatan ini?

“Perbuatan ini juga berpotensi mendedahkan keaiban yang ada pada jenazah kepada publik. Buatlah live masak-masak, sembang-sembang, tapi janganlah buat live benda-benda yang sepatutnya tidak diperlihatkan kepada publik,” katanya.

Hantaran itu mendapat pelbagai maklum balas daripada orang ramai yang bersetuju dengan teguran tersebut.

“Memang ada naik je live pengurusan jenazah. Nak tegur, saya ni pun kurang arif, saya hanya mampu doa baik-baik je. Terima kasih ustaz,” komen Linajohar.

“Selemah-lemah iman, cuma mampu tegur dalam hati je. Terbaik ustaz, semoga mereka fahamlah dengan teguran sebaik ini, insya-Allah,” komen Ainul Aafiyah.

“Saya ucapkan terima kasih kepada ustaz kerana menegur perbuatan tersebut. Saya pun tak senang hati melihatnya,” kata SI. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN