TAMPIN – Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gemas, Ridzuan Ahmad mengumumkan peletakan jawatan serta keluar daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkuat kuasa serta-merta.
Ridzuan berkata, keputusan itu dibuat selepas melalui pertimbangan yang panjang, penelitian mendalam serta muhasabah terhadap perkembangan politik semasa di Negeri Sembilan.
“Langkah ini selaras dengan prinsip dan pendirian untuk terus memperjuangkan kepentingan rakyat khususnya pengundi di DUN Gemas dalam suasana politik negeri yang semakin mencabar,” katanya kepada Kosmo! di sini, hari ini.
Ketika ditanya mengenai pencalonan DUN Gemas bagi pilihan raya Negeri (PRN), beliau menyatakan perkara itu akan dimaklumkan pada waktu yang sesuai.
Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang lalu, Ridzuan menang di kerusi DUN Gemas dengan majoriti 3,120 undi dan DUN berkenaan merupakan salah satu daripada lima kerusi DUN yang dimenangi PN di negeri ini. – KOSMO! ONLINE















