fbpx
Dua remaja antara yang ditahan JPJ dalam Operasi Falcon di Bukit Bintang. Foto JPJ WPKL

Penunggang warga asing 18 tahun antara ditahan JPJ

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Seorang penunggang motosikal warga asing berusia 18 tahun merupakan antara lima individu yang ditahan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) atas pelbagai kesalahan dalam Operasi Falcon, di Bukit Bintang, baru-baru ini.

JPJ WPKL dalam kenyataan berkata, operasi awal pagi pada 5 Julai lalu memberi tumpuan terhadap kesalahan di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Pemeriksaan turut mendapati pelbagai kesalahan lain termasuk memandu tanpa lesen, lesen kenderaan motor (LKM) tamat tempoh, tiada perlindungan insurans, nombor pendaftaran tidak dipamerkan serta pengubahsuaian ekzos yang tidak mengikut spesifikasi.

“Turut dikesan ialah seorang penunggang motosikal bawah umur berusia 15 tahun yang menunggang secara melulu sehingga membahayakan pengguna jalan raya lain,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut kenyataan itu, operasi berkenaan membuktikan komitmen Unit Falcon JPJ WPKL dalam membanteras pemanduan berbahaya serta meningkatkan kesedaran orang ramai supaya sentiasa mematuhi undang-undang demi keselamatan semua pengguna jalan raya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN