fbpx
Antara warga asing yang ditahan dalam operasi Imigresen Selangor di pekan Bandar Diraja Klang. Foto : SADDAM YUSOFF/KOSMO!

‘Bus stand Klang’ digempur, 1,000 warga asing diperiksa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KLANG – Bertempiaran lari bersembunyi di lorong bangunan kedai dan melompat masuk ke dalam bas.

Itu antara tindakan puluhan warga asing yang cuba meloloskan diri daripada dicekup pihak berkuasa yang menggempur pusat bandar ini dikenali ‘Bus Stand Klang’ hari ini.

Lokasi yang menjadi ‘port’ utama menghabiskan cuti hujung minggu itu diserbu Jabatan Imigresen (JIM) Selangor, kira-kira pukul 12 tengah hari.

Operasi bersepadu yang turut disertai beberapa agensi kerajaan itu membawa kepada pemeriksaan ke atas lebih 1,000 individu rata-ratanya warga Bangladesh, Nepal dan Myanmar.

Tinjauan Kosmo! yang menyertai serbuan itu mendapati kawasan berkenaan bertukar gempar apabila ada yang melarikan diri selepas menyedari kehadiran anggota penguat kuasa.

Selain itu, ada warga asing dikesan bersembunyi di dalam tandas bilik sebuah hotel yang disyaki menjadi pusat pelacuran.

Pemeriksaan ke atas sebuah gerai menjual sireh yang dioperasikan warga asing turut menemukan ketulan kristal disyaki syabu.

Namun, kepantasan pasukan penguat kuasa mengepung kawasan itu berjaya mematahkan cubaan mereka untuk meloloskan diri.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN