fbpx
Gambar hiasan

Malaysia rasmi calon semula kerusi Majlis Keselamatan PBB

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Malaysia secara rasmi mengemukakan pencalonan untuk kembali menganggotai Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai Anggota Tidak Tetap bagi penggal 2036 hingga 2037.

Timbalan Menteri Luar, Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata, Malaysia akan terus memperjuangkan agenda reformasi Majlis Keselamatan PBB termasuk pemansuhan kuasa veto yang disifatkan tidak adil.

Menurut beliau, Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan akan menegaskan pendirian itu ketika menyampaikan Kenyataan Negara pada sesi Debat Umum Perhimpunan Agung PBB ke-81 di New York pada September ini.

“Pendirian Malaysia jelas bahawa kuasa veto tidak adil dan perlu dimansuhkan. Sekurang-kurangnya, penggunaan kuasa veto tidak seharusnya dibenarkan dalam kes pencabulan undang-undang antarabangsa membabitkan jenayah perang, genosid, jenayah terhadap kemanusiaan serta pemusnahan infrastruktur awam secara sengaja seperti yang berlaku di Gaza,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Seri Sh Mohmed Puzi Sh. Ali (BN-Pekan) mengenai pendirian Malaysia terhadap ketidakseimbangan penggunaan kuasa veto oleh kuasa-kuasa besar dunia dalam Majlis Keselamatan PBB.

Tambahnya, agenda reformasi Majlis Keselamatan PBB serta usaha memperkukuh keamanan dan keselamatan sejagat akan terus menjadi antara keutamaan dasar luar Malaysia.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN