fbpx

Lelaki maut jatuh dari tingkat empat ruangan lif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki maut apabila dipercayai terjatuh dari tingkat 4 ruangan lif di sebuah pusat membeli-belah, di sini hari ini.

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki maut dipercayai terjatuh dari tingkat empat ruangan lif di sebuah pusat membeli-belah di sini hari ini.

Pusat Gerakan Bomba Kuala Lumpur (PGOKL) dalam satu kenyataan berkata, pasukan bomba mendapati seorang mangsa lelaki dewasa berumur 33 tahun telah berada di di tingkat bawah (B2) dalam ruangan lif pusat membeli belah berkenaan.

“Pihak KKM mengesahkan mangsa telah meninggal dunia dan maklumat daripada pihak penyelenggaraan mangsa dipercayai terjatuh dari tingkat empat.

“Pasukan bomba menggunakan peralatan basket stretcher dan tali untuk menarik dan mengeluarkan mangsa daripada lubang lif berkenaan yang dianggarkan berkedalaman enam kaki dari pintu lif
basement (ruangan bawah tanah) 2,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, seramai 14 pegawai dan anggota lain-lain pangkat dari pasukan operasi jentera Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pudu dan bantuan BBP Hang Tuah dikerahkan ke lokasi kejadian selepas pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian tersebut.

Katanya, mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI