fbpx
Lokasi kejadian tembakan melibatkan seorang penternak lembu di ladang kelapa sawit Kemahang, Tanah Merah hari ini. Foto PENDUDUK

Lima lelaki tembak penternak lembu diburu polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TANAH MERAH – Lima lelaki termasuk warga Thailand yang dipercayai terlibat dalam kejadian tembakan di ladang kelapa sawit Kemahang di sini hari ini sehingga menyebabkan seorang penternak lembu cedera pada bahagian dagu diburu polis.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Superintendan Mohd. Haki Hasbullah berkata, pihaknya sedang giat mengesan kesemua suspek yang terlibat.

Menurutnya, berdasarkan laporan pengadu yang merupakan seorang jurujual berusia 35 tahun, lelaki itu bersama rakan-rakannya menjalankan rondaan di kawasan ladang berkenaan kira-kira pukul 1.30 pagi bagi mengesan suspek kes kecurian lembu.

“Mereka kemudian terserempak dengan sekumpulan lelaki dianggarkan seramai lima orang yang dipercayai terdiri daripada warga tempatan dan warga Thailand kira-kira pukul 2.30 pagi.

“Suspek dipercayai melepaskan beberapa das tembakan dari jarak dekat menggunakan senjata api ke arah pengadu dan rakan-rakannya,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.

Mohd. Haki memberitahu, kejadian itu menyebabkan pengadu bersama rakan-rakan melarikan diri untuk menyelamatkan diri.

Menurutnya, tembakan itu bagaimanapun terkena pada bahagian dagu salah seorang rakannya iaitu mangsa, Mohd. Khairul Amri Ab. Kadir, 43,

“Mohd. Khairul Amri kini sedang menerima rawatan di Zon Merah, Wad Kecemasan Hospital Tanah Merah di sini.

“Selain itu, sebuah motosikal jenis Honda EX5 milik mangsa dilaporkan telah dilarikan oleh salah seorang suspek,” katanya.

Kosmo! Online hari ini melaporkan, seorang penternak lembu cedera selepas terkena satu das tembakan yang dilepaskan seorang daripada enam lelaki yang dipercayai mencuri lembu di ladang kelapa sawit di ladang kelapa sawit Kemahang di sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3 pagi itu, mangsa cedera pada bahagian dagu dihantar ke Hospital Tanah Merah di sini untuk rawatan lanjut dan keadaannya dilaporkan stabil. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN