fbpx
Tangkap layar video yang dikongsikan @Zaqtona memaparkan kelibat seekor buaya di Shah Alam, petang tadi.

Buaya muncul di Shah Alam?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Gempar di media sosial, petang tadi dengan dakwaan kemunculan seekor buaya di Seksyen 23, Shah Alam.

Seorang pengguna media sosial @Zaqtona sempat merakamkan kelibat reptilia berkenaan menerusi rakaman video ketika berada di atas sebuah jambatan.

“Jumpa buaya dekat Shah Alam Seksyen 23,” katanya ringkas.

Hantarannya itu meraih pelbagai reaksi orang ramai yang rata-rata bimbang dengan kewujudan haiwan berkenaan di Shah Alam.

“Dengan musim hujan ni, kalau banjir seram,” ujar seorang pengguna.

“Penjaga Sungai Klang,” tulis @Wakdoyok.

“Dekat dengan rumah aku ni,” kongsi pengguna yang lain. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN