fbpx
Ezzanie Jasny menafikan dakwaan sengaja mencetuskan kontroversi dengan memuat naik hantaran berkenaan isu persahabatan di platform Threads yang menimbulkan tanda tanya ramai.

‘Hanya eksperimen sosial, tak takut balasan ruang komen’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Pelakon Ezzanie Jasny menafikan sengaja mencetuskan kontroversi dengan memuat naik hantaran berkenaan isu persahabatan di platform Threads yang menimbulkan tanda tanya ramai.

Ezzanie atau nama lengkapnya Nur Ezzanie Sherazade Jasny, 26, berkata perkongsian dibuat merupakan eksperimen sosial bagi melihat reaksi netizen menerusi respons dilayangkan.

“Sebenarnya bukan saya sengaja nak cetuskan apa-apa. Saya cuma mewakili suara netizen. Kadang-kadang di Threads orang memang suka beri maklum balas.

“Saya buat itu sekadar ‘social experiment’. Tiada siapa suruh dan saya pun tak takut dengan balasan di ruangan komen.

“Ini kerana ia tidak ditujukan kepada mana-mana pihak. Saya juga tak rasa ada sesiapa yang terasa dengan apa yang saya tulis,” katanya ketika ditemui selepas sidang media drama bersiri Bulan Henti Bicara di sini, semalam.

Tambahnya, idea memuat naik hantaran tersebut muncul secara spontan kerana mahu mengisi masa lapang, selain teringin membaca pelbagai pandangan netizen.

“Kadang-kadang kita bosan, jadi kita buat sesuatu. Otak saya memang dah penuh dengan kerja, jadi saya saja nak baca komen orang,” ujarnya.

Mengulas tanggapan sesetengah pihak Threads merupakan platform media sosial toksik, Ezzanie berpendapat, perkara itu bergantung kepada algoritma serta kandungan yang sering dicari pengguna.

“Mungkin sebab algoritma. Saya pula selalu cari benda-benda yang positif, jadi tak banyak perkara negatif muncul di Threads saya.

“Setakat ini, komen-komen yang saya terima semuanya positif, menyenangkan. Alhamdulillah,” katanya.

Terdahulu, Ezzany menyentuh hal kepercayaan dalam persahabatan yang seolah-oleh membayangkan perasaan kecewa atas sikap rakan sendiri.

“Penat dengan manusia yang cakap tak serupa bikin. Ini lah punca-punca aku susah percaya kata-kata manusia. Semoga lepas ini saya jadi manusia yang lebih bijak memilih siapa saya nak berkawan,” tulisnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN