fbpx

‘Bagi anak balik pada saya’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Terkilan anak dipersalahkan, pelakon Nadia Annuar berhasrat mengambil puterinya tinggal bersama selepas kanak-kanak berusia sembilan tahun itu didakwa menjadi punca pembantu rumah berhenti kerja.

Nadia atau Nadia Shahrul Annuar, 42, berkata dia lebih rela menjaga dan mendidik sendiri permata hati daripada terus membiarkan orang lain menuding jari sesuka hati.

“Saya sudah buat keputusan. Saya akan bawa anak perempuan saya tinggal bersama walau apa cara sekali pun.

“Amat mengejutkan apabila mereka menyalahkan kanak-kanak berusia sembilan tahun kerana degil, tidak mahu mandi, kadang kala menolak apabila diarahkan memberus gigi dan liat bangun pagi ke sekolah, membuatkan tiga orang gaji terpaksa berhenti.

“Kalau anak saya dikatakan tidak baik, bagi dia balik. Saya akan jaga dan didik sendiri. Saya ambil keputusan akan membawa anak berpindah dengan saya. Kamu buatlah anak baharu yang lebih baik,” katanya di Threads.

Pada masa sama, dia mendedahkan tuduhan sebegitu muncul hanya selepas beberapa bulan kebelakangan ini.

“Umurnya baharu sembilan tahun dan benda ini berlaku dalam tempoh dua ke tiga bulan sahaja. Sebelum ini, seorang pembantu rumah bertahan dengan kami selama sembilan tahun, tiada masalah.

”Tapi selepas berkahwin baharu dan pembantu rumah lama diberhentikan, tiba-tiba anak saya pula dipersalahkan,” ujarnya.

Tambah Nadia, sebelum ini dia banyak beralah bagi mengelakkan pertelingkahan, namun perlu bersuara demi kebajikan zuriatnya.

“Walaupun saya banyak kekurangan, sekurang-kurangnya anak saya akan mendapat perhatian dan kasih sayang yang sewajarnya,” katanya.

Perkongsian itu turut mengundang simpati netizen serta rakan seperjuangan yang rata-rata berharap hal penjagaan serta kebajikan anak dapat diselesaikan dengan baik.

“Semoga dipermudahkan. Tidak mudah berkongsi perkara yang terlalu peribadi di sini, terus kuat,” tulis penyanyi, Hunny Madu.

Sebelum ini, Nadia pernah berkahwin dengan Sulaiman@Mohd Helmi Mohd Ilyas dan bercerai pada Oktober 2010. Mereka dikurniakan anak lelaki Mohamed Aaron Erwin, 17.

Kemudian dia mendirikan rumah tangga dengan usahawan, Hafiz Salleh dan mereka mempunyai anak perempuan, Dya Naylaa, tetapi berpisah selepas hampir sedekad hidup berdua. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN